Brands

Latest Updates | Instagram @cherofaitha.ent

29 May 2013

Novel The Wedding Breaker

Novel The Wedding Breaker

sinopsis:

ARIANA ROSE BINTI HUSSEIN dan TENGKU ADAM KAMIL BIN TENGKU MUKHRIZ.
Ariana Rose seorang yang sangat cantik,berpendidikan luar Negara dan menarik ramai perhatian orang sekelilingnya tapi dia hanyalah seorang gadis biasa. Ibubapanya telah bercerai dan mempunyai keluarga masing2.

Tengku Adam Kamil pula so hensem,dari golongan berada, setiap gadis ingin berdampingan dengannya tapi dia kurang didikan agama, sering bertukar pasangan, minum arak dan lepak di kelab2 malam adalah perkara biasa baginya. Keperibadian Ariana dan Tengku Adam bagaikan langit dan bumi.

Tanpa diduga mereka berdua telah diketemukan dalam satu majlis yang telah mengaibkan keluarga Tengku Mukhriz….jom follow…..hihi Ariana yang bekerja sebagai pegawai kerajaan telah diminta oleh Tengku Juwita untuk merosakkan majlis perkahwinannya. Ariana yang terhutang budi dengan Tengku Juwita yang pernah menolongnya telah menerima tawaran Tengku Juwita. Juwita akan dikahwinkan dengan Tengku Adam yang kasanova atas wasiat nenda mereka.

---------------------------------
Kondisi: 95%
RM 15 (tidak termasuk kos pos RM8)
Boleh diambil sendiri di Flat Bandar Tasik Selatan atau sekitar KL (tanpa kos pos)

Novel Untuk Semua Dosaku

Novel Untuk Semua Dosaku

 :: Sinopsis ::

Nur Lisa, gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical University of Munich terperangkap menjadi roommate jejaka kacak, Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar.

Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.


Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarganya yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka.

Betullah kata orang.... nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?


Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du
der, der die Liebe erschaffen hat?
Are you in love with the idea of love,
or do you love with the creator of love?
Adakah kau mencintai ‘cinta’ atau
mencintai Pencipta ‘cinta’?

---------------------

Kondisi: 95%
RM 12 (tidak termasuk kos pos RM8)
Boleh diambil sendiri di Flat Bandar Tasik Selatan
atau sekitar KL (tanpa kos pos)

Novel Projek Memikat Suami

Novel Projek Memikat Suami




NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

---------------------------------
Kondisi: 95%
RM 12 (tidak termasuk kos pos RM8)
Boleh diambil sendiri di Flat Bandar Tasik Selatan
atau sekitar KL (tanpa kos pos) 

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan

Sinopsis:

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
---------------------------------
Kondisi: 95%
RM 15 (tidak termasuk kos pos RM8)
Boleh diambil sendiri di Flat Bandar Tasik Selatan atau sekitar KL (tanpa kos pos)