cherofaitha humbly welcome all of you to his site

,

please help yourself with all the items

, "pelbagai barang untuk dijual di seperti chero,fatha, bundle items, secondhand, murah, books, collectible, shirt, action, figures, bag, novel, shoes, hat, cherofaitha, vintage, cuba singgah disini."

Latest Updates via Instagram @cherofaitha.ent

LIVE!!!

29 May 2013

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan

Sinopsis:

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
---------------------------------
Kondisi: 95%
RM 15 (tidak termasuk kos pos RM8)
Boleh diambil sendiri di Flat Bandar Tasik Selatan atau sekitar KL (tanpa kos pos)

No comments:

Post a Comment

take your time, but don't be regretted

Related Posts with Thumbnails

CUSTOMER SERVICE

GET BACK TO ME FAST!!