cherofaitha humbly welcome all of you to his site

,

please help yourself with all the items

, "pelbagai barang untuk dijual di seperti chero,fatha, bundle items, secondhand, murah, books, collectible, shirt, action, figures, bag, novel, shoes, hat, cherofaitha, vintage, cuba singgah disini."

Latest Updates via Instagram @cherofaitha.ent

LIVE!!!

29 May 2013

Novel Untuk Semua Dosaku

Novel Untuk Semua Dosaku

 :: Sinopsis ::

Nur Lisa, gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical University of Munich terperangkap menjadi roommate jejaka kacak, Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar.

Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.


Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarganya yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka.

Betullah kata orang.... nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?


Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du
der, der die Liebe erschaffen hat?
Are you in love with the idea of love,
or do you love with the creator of love?
Adakah kau mencintai ‘cinta’ atau
mencintai Pencipta ‘cinta’?

---------------------

Kondisi: 95%
RM 12 (tidak termasuk kos pos RM8)
Boleh diambil sendiri di Flat Bandar Tasik Selatan
atau sekitar KL (tanpa kos pos)

No comments:

Post a Comment

take your time, but don't be regretted

Related Posts with Thumbnails

CUSTOMER SERVICE

GET BACK TO ME FAST!!